Pages

Rabu, 19 Februari 2014

Logo dan Warna


Lencana Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh mempunyai warna kuning, merah, dan biru.

Kuning
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan dan ketaatan kepada Raja Negeri Kedah.

Merah
  • Warna merah menandakan kekuatan dan keutuhan para warga sekolah menghadapi segala rintangan dan cabaran pendidikan.
Biru
  • Warna biru menggambarkan suasana perpaduan di kalangan warga sekolah untuk bersama-sama menjulang rasa kasih sayang dan perihatin antara satu sama lain.

Terdapat lambang dan perkataan:

  • Tertera perkataan SKPB di bahagian atas lencana menunjukkan nama Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh. 
  • Segulung kertas digambarkan   sebagai kesungguhan para pelajar mengejar ilmu sehingga ke menara gading. Terdapat peralatan makmal sains yang menjadi sinar harapan kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang sains dan teknologi. 
  • Tiga buah buku yang terbuka menanti pelajar agar segera mendalami ilmu sebagai senjata utama untuk meningkatkan pengetahuan.
  • Bunga padi mengelilingi kiri dan kanan buku-buku memperlihatkan bahawa pelajar sentiasa taat setia kepada kerajaan negeri Kedah.
  • Lima gelung yang menyambung bunga-bunga padi menjadikan pelajar tidak lupa terhadap aktiviti kokurikulum yang membina kekuatan mental dan fizikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan